Wednesday, September 15, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 1

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 1 ( Tarikh: 28 Jun – 2 Julai 2010 )

Kami mendaftarkan diri ke St mark Perai pada 28 Jun 2010. Hari pertama kami mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan semua guru, kakitangan sekolah dan memenuhi masa dengan mengumpul maklumat-maklumat asas mengenai pelajar dan latar belakang sekolah.

            Kami diperkenalkan dengan guru-guru di sekolah dan diberi taklimat asas mengenai praktikum oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Kami juga diperkenalkan kepada guru-guru  pembimbing dan diberitahu mengenai peraturan-peraturan asas sekolah ini seperti aktiviti setiap pagi juga peraturan masuk dan keluar sekolah. Kami lebih banyak memberi tumpuan untuk menyiapkan folia praktikum memandangkan jadual masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Kami mengisi masa dengan kelas ganti dan mengambil maklumat dari guru-guru yang terlibat seperti guru pembimbing, guru kokurikulum dan guru Penolong kanan. Kami mulakan tugas mengajar pada kali pertama secara rasmi pada jumaat.

            Minggu pertama juga kami diberi penerangan mengenai perjalanan kelas pemulihan. Kami sempat bersuai-kenal dengan pelajar-pelajar pemulihan bagi mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang mereka. Bagi kelas pemulihan tahun 2 terdapat 7 orang pelajar, 5 lelaki dan 2 perempuan. Kami diberitahu mengenai apa yang patut dibuat kepada pelajar-pelajar ini serta sukatan yang perlu diajar dan ditekankan.

            Kami akhiri minggu pertama dengan hati yang gembira kerana berjaya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ini penting kerana ianya akan kami gunakan dalam mengharungi baki-baki praktikum untuk 3 bulan seterusnya.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment