Wednesday, September 22, 2010

JURNAL 1 - Murid..


PERKARA


REFLEKSI


Masalah

Analisa masalah


Masalah murid kurang komitmen dan menggangu proses P&P

Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan St Mark, Perai, Pulau Pinang. Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi, masalah emosi, masalah akademik, masalah sosial dan masalah salah laku.

            Selain dari mengajar kelas pemulihan khas, saya ditugaskan mengajar matematik dan bahasa melayu darjah 5. Berdasarkan catatan dan analisa yang saya buat, terdapat segelintir pelajar yang seringkali tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi, tidak membawa buku teks dan sering tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

            Masalah tidak menumpukan perhatian di dalam kelas ini termasuklah perbuatan-perbuatan pelajar yang tidak sesuai dilakukan di dalam P&P (pengajaran dan pembelajaran) seperti mengganggu kawan, membuat lawak, berbual dan sengaja mengambil tahu hal orang rakan lain. Masalah-masalah begini akan menggangu tumpuan pelajar lain kerana adannya unsur-unsur gangguan di kelas.

            Pelajar-pelajar yang sering memberi masalah ini sudah dikenal pasti. Pelajar yang terlibat sudah dipanggil untuk sesi soal jawab dan temubual bagi mengetahui punca-punca masalah yang dibincangkan tadi.  Saya akan cuba memahami dan mengenal pasti bagi mencungkil masalah daripada pelajar. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa.

Kesimpulan awal yang boleh dibuat, kenakalan ini banyak disebabkan oleh

1.         Guru yang kurang garang.
2.         Guru yang tidak tegas dalam keputusan
3.         Guru yang dilihat sebagai 'guru yang mesra/ 'boleh makan'.
4.         Suka bergurau dengan rakan
5.         Tidak menguasai 3M
6.         Kurang dorongan dari ibu-bapa
7.         Lain-lain sebab

            Atas faktor-faktor yang disenaraikan di atas, pelajar telah mengambil kesempatan untuk tidak memberi komitmen ada subjek yang diajar. Mereka dengan sengaja tidak menyiapkan kerja rumah yang disuruh guru. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian terhadap kerja rumahyang diberikan.


PERKARA


REFLEKSI


Cadangan

            Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas.

            Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menyampaikan pengajaran dan pada masa yang sama terpaksa mengawal pelajar-pelajar tadi dari meneruskan aktiviti gangguan mereka.

            Kedua, kesan terhadap tabiat murid. Murid yang berterusan dengan sikap begini akan menyebabkan mereka semakin seronok sekiranya tidak ditegur. Ini akan membuatkan mereka akan terus bersikap sedemikian, meneruskan aktiviti gangguan mereka, malas dan tidak bertanggungjawab.

            Saya cenderung untuk menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah atau tidak memberi komitmen pada pelajaran mereka.

            Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid terutama dalam darjah 5 di sini.

            Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan murid-murid lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah.

            Saya telah membuat beberapa ujikaji mudah dengan pendekatan peneguhan negatif.

1.         Pelajar yang tidak membawa buku teks atau latihan akan berdiri
2.         Pelajar yang menggangu rakan akan dipangil ke hadapan
3.         Pelajar yang tidak memberi perhatian akan di suruh berdiri
4.         pelajar yang berterusan memberi masalah akan berdiri atas kerusi






PERKARA


REFLEKSI


            Namun begitu pelajar yang didenda akan dibenarkan duduk sekiranya mereka menunjukkan disiplin yang baik atau berjaya menjawab soalan yang diberi oleh guru.

            Masalah terbesar bagi saya di kelas ini bila berhadapan dengan beberapa pelajar yang belum menguasai kemahiran 3M
( Membaca, menulis, mengira ). Saya cuba memudahkan murid dengan memberi kelonggaran kepada mereka meniru jawapan rakan namun mereka masih tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi.

            Saya ada menyuarakan masalah ini kepada guru pembimbing dan sememangnya mereka menyedari akan hal ini namun program penyelesaiannya masih belum boleh dilaksanakan kerana faktor-faktor tertentu seperti kekurangan guru pemulihan.

            Untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumat-maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid-murid sebegini. Rekod dan ujian yang dijalan telah saya simpan di dalam fail praktikum untuk rujukan.

Tempoh Penyelesaian



5 Julai 2010 – 16 Julai 2010 (
2 minggu )

Kesimpulan

            Bagi pelajar-pelajar yang masih gagal menguasai kemahiran 3M, pelajar-pelajar ini perlu kembali ke kelas pemulihan khas. Mereka sepatutnya dibimbing dengan cara yang berbeza. Cara yang lebih sesuai dengan kebolehan sebenar mereka. Saya telah menjalankan beberapa ujian diagnostik dan mendapati mereka memang belum menguasai kemahiran asas 3M. Oleh itu bagi menyelamatkan masa depan mereka wajarlah pelajar-pelajar ini dikembalikan ke kelas pemulihan untuk jangkamasa tertentu.

                Bagi yang suka mengganggu rakan dan sering menumbulkan masalah di kelas, mereka ini perlu menjalani kaunseling dan guru kaunseling sekolah perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani masalah-masalah seperti ini dari berterusan menjadi barah di dalam kelas. Sebelum ianya menjadi lebih parah eloklah pelajar-pelajar ini ‘diselamatkan’ sebelum ianya terlambat.



Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment