Wednesday, September 22, 2010

JURNAL 2 - Pentingnya..


PERKARA


REFLEKSI


Masalah



Analisa masalah


Pentingnya kemahiran berbahasa ditekankan di kelas Pemulihan Khas

            Kewujudan kelas-kelas pemulihan khas di kebanyakan sekolah mencerminkan kewujudan pelajar-pelajar yang masih belum menguasai kemahiran 3M (membaca,menulis dan mengira). Kepentingan kelas-kelas pemulihan tidak dapat dinafikan memberi banyak kebaikkan kepada pelajar terbabit. Ini kerana pengajaran di dalam kelas pemulihan lebih terarah kepada masalah asas murid berkenaan dan guru boleh memberi fokus kepada murid secara individu mahupun kumpulan yang lebih kecil.

Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M. Dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran telah diubahsuai bagi memenuhi tahap keperluan dan pemikiran murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran.

Kebiasaanya murid yang memasuki kelas pemulihan bukanlah dari golongan kurang upaya (OKU). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan dan penguasaan murid-murid ini terhadap 3M. Faktor-faktor tersebut seperti berikut:

1.      Genetik
2.      Peranan ibubapa
3.      Kurang makanan berkhasiat
4.      lambat matang

Keluhan mengenai pencapaian rendah setengah murid kita dalam bahasa memang sering dilahirkan oleh para pendidik dan ibu bapa. Mereka bimbang kerana memang terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang tidak dapat membaca dan memahami soalan-soalan dalam peperiksaan dan oleh itu pelajar hanya menjawab soalan dengan tekaan semata-mata.

Mereka ini kerapkali dinamakan murid ‘lembab’ atau ‘lemah’ yang didefinisikan oleh Brennan (1974) sebagai 'murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah unntuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan...'

Mereka ini kadangkala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu.


PERKARA


REFLEKSI





Cadangan
Penyelesaian

Tetapi penakrifan di atas adalah tidak mencukupi dan mestilah dilengkapi dengan keterangan tentang beberapa ciri yang lazim dapat diperhalusikan pada murid lembab atau pencapaian rendah ini. Seringkali ciri-ciri ini sedikit banyak berhubung dengan persekitaran rumah dan bidang bahasa, misalnya Bahasa Malaysia, mereka sentiasa mengalami kesulitan pembelajaran kerana kemiskinan perbendaharaan kata yang kemungkinan besar disebabkan diskriminasi penglihatan dan pendengarannya yang kurang memuaskan.

Akibat dari berbagai kesulitan pembelajaran yang dialaminya, murid ‘lembab’ ini selalu gagal dalam ujian, dan ini seterusnya menyebabkannya mempunyai keyakinan diri dan konsep diri  yang rendah. Kita tidak berasa hairan apabila kita dapati murid ‘lembab’ ini kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

Aktiviti-aktiviti khas perlu dirancangkan dan dijalankan untuk menolong murid-murid ‘lemah’ ini mengatasi kesulitan pembelajaran dan meningkatkan pencapai mereka ke tahap normal. Dengan kata-kata lain pengajaran pemulihan adalah bertujuan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid ‘lembab’ supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam perlakuan sesuatu matapelajaran dan dapat mengejar rakan sebaya mereka. Jadi dua prinsip asas pengajaran pemulihan ialah:

  1. Bahawa murid-murid ‘lembab’ boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai dan

  1. Bahawa pengajaran pemulihan dapat mencegah kesan buruk yang mungkin dibawa oleh kegagalan pembelajaran.

            Prinsip-prinsip di atas adalah berkait rapat dengan soalan mengapa dalam pengajaran pemulihan. Apakah pentingnya tindakan pemulihan diambil dalam bidang bahasa?

            Kebolehan berkomunikasi dan belajar melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian, perkembangan bahasa seorang kanak-kanak akan secara langsung mempengaruhi pertumbuhan intelektual dan seterusnya menentukan kejayaan.

          Creber (1974) telah menekankan perhubungan erat antara kegagalan pendidikan murid sekolah khususnya kanak-kanak kurang beruntung dengan ketaklengkapan bahasa mereka. Beliau telah menggambarkan kesan-kesan atas pendidikan mereka akibat dari kekurangan bahasa seperti kemiskinan perbendaharaan kata.


PERKARA


REFLEKSI


























Kesimpulan


           
Pendapat ini disokong oleh Gulliford (1972) yang menegaskan pertalian rapat antara perkembangan bahasa seorang murid dengan pertumbuhan pemikirannya kerana bahasa merupakan alat pendidikan yang terpenting sekali dan inilah sebab utama kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan ketaklengkapan bahasa murid-murid ‘lembab’. Tambahnya lagi, kerencatan dalam bahasa dan kesulitan menguasainya merupakan satu punca kegagalan pembelajaran murid-murid.

            Dilihat dari perspektif yang lebih luas dan jangka masa yang lebih panjang, pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa mempunyai matlamat: untuk mencegah pembaziran dalam pendidikan memandangkan berapa rapatnya perhubungan kegagalan dalam bahasa dengan kegagalan dalam pendidikan seorang murid.

            Sekiranya kita membiarkan saja seorang murid darjah tiga dengan ketakbolehannya untuk membaca atau menulis perkataan-perkataan mudah seperti 'buku', 'berjalan', 'besar' dan sebagainya, ketaklengkapan bahasanya akan meruncing dari setahun ke setahun, dan membawa kepada kegagalannya dalam peperiksaan ( Ujian Penilaian sekolah Rendah ) dan seterusnya tercicir dari sekolah.

            Ini merupakan satu kerugian kepada negara kerana potensi-potensinya telah tidak dikembangkan dan sebaliknya telah terbenam disebabkan bantuan tidak diberi untuk menolongnya mengatasi kesulitan pembelajaran dalam bidang bahasa.

            Kita sampai satu prinsip lagi dalam pengajaran pemulihan iaitu ianya mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan. Ini bermakna eloklah masalah pembelajaran murid dikesan dan ditentukan dengan awal-awal dan tindakan pemulihan yang munasabah dijalankan dengan segera. Memang para pendidik telah menegaskan peri pentingnya pemulihan dimulakan pada peringkat awal sekolah rendah, malahan pada peringkat pra-sekolah, tetapi ini tidak bermakna bahawa pemulihan pada peringkat sekolah menengah adalah tidak berguna langsung. Sebenarnya tindakan pemulihan mestilah diambil bila saja ditentukan ada murid yang memerlukannya tidak kira pada mana peringkat persekolahan.

            Pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa patutlah dianggap sebagai sebahagian dari tanggungjawab seorang guru bahasa, dan setiap guru bahasa mestilah melengkapkan diri dengan kecekapan yang perlu untuk menjalankan tugas penting ini.


Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, KPLI - Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment