Wednesday, September 15, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 3

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 3 ( Tarikh: 12  – 16 Julai 2010 )


Pada minggu ke 3 saya sudah mula dapat mengesan kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Kesemua 6 pelajar berpotensi besar untuk dipulihkan dan memasuki kelas arus perdana. Cuma seorang pelajar ( Mohd Hafiz ) yang bermasalah dan perlu lebih banyak perhatian selain kaedah yang lebih sesuai untuk diberi padanya.

            Ujian Diagnostik telah dibuat pada minggu ini bagi mengesan kelemahan yang ada pada pelajar. Pelajar kelas pemulihan tahun 2 mempunyai kelemahan dari segi ingatan. Mereka cepat lupa dan mengulangi kesalahan yang serupa pada kelas berikutnya. Ini mungkin dapat diatasi dengan membanyakkan latihan dan mengulangkaji perkara yang sama berulang kali.

            Pada masa akan datang saya bercadang untuk membanyakkan masa saya bersama-sama pelajar pemulihan supaya saya dapat memberi tumpuan yang lebih pada mereka dan supaya mereka lebih cepat menghabiskan sukatan kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai. Pada minggu ini juga pelajar diberi peluang untuk bermain permain-permainan yang membina minda dan kemahiran pergerakan seperti ‘plastersin’ dan ‘set huruf-huruf ABC’
           
            Bagi Mohd Hafiz, saya tidak mengharapkan beliau boleh mengikuti P&P saya memandangkan masalah tahap mantelnya yang tidak sama. Saya cuma memberi latihan mewarna dan menyalin huruf-huruf ABC yang saya sediakan untuknya. Pelajar kelihatan gembira dengan P&P yang saya lakukan.


Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment