Wednesday, September 22, 2010

JURNAL 4 - Faktor..


PERKARA


REFLEKSI


Masalah




Faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum

             Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.

            Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.

            Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana is menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.


Analisa masalah

             
Terdapat beberapa faktor murid-murid di sekolah rendah kurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Antara faktor utama ialah;

i.         Kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.
ii.       Faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan badminton.
iii.      Faktor psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.
           


PERKARA


REFLEKSI






            Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempuma. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat.

            Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adrian (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti matapelajaran akademik.

            Pendapat Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Terdapat juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian.

            Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

            Faktor lain yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor kekurangan maklumat maklumat mengenai kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Kajian memperlihatkan kebanyakan pelajar tidak tahu perkembangan aktiviti kokurikulum. ini mungkin disebabkan pihak sekolah tidak menyediakan papan kenyataan bagi menghebahkan aktiviti kokurikulum sukan dan lokasi papan kenyataan yang tidak strategik

            Faktor kekurangan masa untuk membaca maklumat yang ditampal juga menyebabkan pelajar tidak mendapat maklumat sepatutnya.




PERKARA


REFLEKSI


Penyelesaian Masalah


            Disebabkan sekolah mempunyai peralatan yang tidak mencukupi berbanding jumlah pelajar yang ramai. Pelajar-pelajar disarankan berkongsi alatan dengan rakan mereka semasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi pelajar yang berkemampuan mereka mungkin tidak menghadapi masalah untuk membeli peralatan sukan. Masalah mi biasanya akan dihadapi oleh pelajar yang tinggal di luar bandar yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan dan juga pelajar di bandar dan keluarga yang miskin atau tidak berkemampuan.

            Bagi mengatasi masalah ini pihak Kementerian Pendidikan hendaklah menambah peruntukan pembelian alatan sukan mengikut jumlah pelajar dalam sesebuah sekolah. Selain itu pihak sekolah juga hendaklah berusaha mencari sumber lain dalam membeli peralatan sukan seperti memohon bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, orang perseorangan dan lain badan dalam membantu menambah peralatan sekolah. Dengan adanya usaha-usaha ini pihak sekolah akan dapat menambah peralatan sukan dan seterusnya menarik pelajar menyertai aktiviti sukan di sekolah.

            Masalah pengangkutan juga merupakan satu lagi masalah kepada pelajar bagi mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Masalah mi biasanya wujud bila pelajar hendak pulang ke rumah kerana perkhidmatan bas telah tamat semasa mereka hendak pulang ke rumah.

            Ada ketikanya aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari-hari persekolahan dan waktu perlaksanaan ialah pada pukul pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Waktu perlaksanaan dicadangkan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang. Walaupun cuaca pada pukul 3.30 petang agak panas tetapi waktu pulang bagi pelajar pada pukul 5.00 petang lebih sesuai berbanding balik pada pukul 6.30 petang kerana kemudahan pengangkutan awam hampir tamat pada waktu tersebut dan pelajar tidak menghadapi masalah kenderaan semasa hendak pulang ke rumah.

            Kekurangan maklumat mengenai kemudahan adalah antara faktor struktur yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Masalah seperti kekurangan kemudahan khusus untuk pelajar perempuan menyebabkan mereka tidak menyertai kegiatan kokurikulum. Kemudahan sukan seperti gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola tampar yang hanya satu sahaja terdapat di sekolah menyebabkan pelajar perempuan tidak mahu berkongsi menggunakannya dengan pelajar lelaki. Masalah ini lebih nyata terhadap pelajar-pelajar perempuan yang beragama Islam.

           




PERKARA


REFLEKSI

           

            Adalah dicadangkan agar penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut dijadualkan pengunaannya mengikut jantina atau ditambah gelanggang kepada dua (jika mempunyai kawasan) dan ditetapkan pengunaannya di mana satu gelanggang digunakan oleh pelajar perempuan dan satu lagi untuk pelajar lelaki. ini boleh meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

Tempoh Penyelesaian

1 september – 24 September 2010 ( 4 minggu )



Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, KPLI - Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment