Wednesday, September 15, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 2

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 2 ( Tarikh: 5 – 9 Julai 2010 )


Pada minggu ke 2 kami masih lagi mengumpul maklumat dan mengemaskini fail praktikum. Kami mula belajar menulis dengan betul Buku Rekod Guru. Perbincangan dengan guru-guru yang terlibat bagi mendapat gambaran sebenar mengenai kelas yang bakal kami masuk.

            Bagi kelas pemulihan, saya menyambung tajuk yang ditinggalkan kepada saya oleh guru yang terdahulu. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam kontek kawalan kelas kerana pelajar pemulihan cuma ada 7 orang. Walau bagaimanapun saya masih belum memahami tahap sebenar kemampuan pelajar-pelajar tersebut. Apa yang saya perhatikan pelajar-pelajar ini kebanyakkanya berpotensi besar untuk keluar dari kelas pemulihan dan memasuki kelas arus perdana. Pelajar-pelajar ini cuma perlukan sedikit masa untuk menguasai 3M. ( membaca, menulis dan mengira ).

Terdapat seorang pelajar yang betul-betul bermasalah dari segi pembelajaran. Pelajar ini nampak aktif tetapi saya diberitahu oleh guru pemulihan terdahulu bahawa pelajar ini mungkin ada masalah lain yang melibatkan pemikirannya. Saya bercadang untuk membuat ujian diagnostik pengamatan, ujian kinestetik dan taktil bagi menilai tahap perkembangan pelajar ini. Saya diberitahu sepatutnya pelajar ini patut berada disekolah ‘Pendidikan Khas’ kerana ianya lebih sesuai dengannya. Walaubagaimanapun sepanjang saya berada disini saua Cuma mamahami kebolehan dan keperluannya supaya pelajar ini tidak ketinggalan untuk menikmati pendidikan awal yang sangat penting pada semua kanak-kanak



Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment