Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 10

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 10 ( Tarikh: 30 Ogos –  3 September 2010 )

Perubahan jadual waktu di bulan puasa dan situasi semasa di bulan ini membuatkan saya terpaksa mengubah pendekatan P&P kepada masa yang lebih fleksibal. Minggu ini juga minggu terakhir persekolah sebelum sekolah ditutup untuk cuti penggal dan cuti hari raya Aidilfitri.

Saya cuba untuk tidak membanyakkan aktiviti mengeja dan membaca bagi mengelakkan pelajar keletihan. Saya lebih banyak memberi latihan-latihan pengukuhan bagi mengelakkan mereka lupa. Dari ujian yang dijalankan saya dapat mengesan beberapa kelemahan berulang yang masih tidak dapat saya atasi. Masalah tersebut ialah masalah ‘lupa’ oleh beberapa pelajar dan saya terpaksa membimbing pelajar tersebut secara personal.

Saya juga telah membuat ujian bacaan bagi menilai tahap kelancaran bacaan pelajar. Saya berpuas hati dengan ‘kelancaran’ yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar pemulihan dan saya yakin mereka akan dapat keluar dari kelas pemulihan sedikit masa lagi.

Pada 2 September 2010 guru pembimbing pemulihan telah melakukan seliaan kali ke 4. Saya telah membuat persediaan yang sewajarnya dan guru pembimbing menyuruh saya mempelbagaikan set induksi. Set induksi yang saya lakukan kali ini lebih kepada ulangkaji.

Dalam bulan ramadan ini, Sekolah telah mengadakan masjlis tadarus Al-Quran yang mana pelajar islam dibahagi kepada beberapa kumpulan bersama guru yang akan membimbing bacaan pelajar-pelajar. Setiap waktu rehat semua pelajar islam akan bersama guru masing-masing dalam program ini. Kami juga tidak terkecuali dan bersama-sama menjayakan program ini.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment