Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 12

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 12 ( Tarikh: 14  - 17 September 2010 )


Sekolah dibuka semula pada selasa 14 september 2010. Pada minggu ini saya meneruskan P&P seperti biasa walaupun kebanyakan pelajar masih lagi  bercuti. Saya telah menyiapkan pelbagai set kemahiran soalan bagi menguji tahap pemahaman dan penguasaan pelajar sepanjang saya berada di sekolah ini.

            Memandangkan tarikh praktikum sudah hampir tamat, saya berusaha menghabiskan kemahiran-kemahiran yang saya ajar dan cuba memastikan semua pelajar menguasainya dengan baik. Oleh itu saya telah melakukan ujian diagnostik sekali lagi. Melalui ujian yang saya jalankan, saya dapati beberapa pelajar gagal menjawab dengan betul. Saya dapati beberapa pelajar sudah lupa dan perlu diingatkan semula mengenai apa yang telah mereka pelajari. Inilah masalah yang masih belum dapat saya atasi. Mereka belajar dan faham dan akhirnya dengan cepat mereka lupa.

Saya perlu memikirkan satu pendekatan baru bagi mengatasi masalah ini. Mungkin saya cuba mencadangkan guru-guru kelas agar membekalkan pelajar ini kerja rumah agar mereka dapat mengulangkaji pelajaran di rumah walaupun sedikit. Minggu ini sekolah agak sibuk dengan persiapan UPSR dan juga sambutan Hari Malaysia. Pelbagai program sudah diatur seperti ‘pertandingan mewarna’, ‘basikal merdeka’ dan sebagainya. Dewan peperiksaan sudah dibuka dan beberapa kelas berpindah sementara di kantin. Ketiadaan beberapa guru membuatkan saya terpaksa masuk ke kelas perdana dan meninggalkan kelas-kelas intensif yang saya jalankan. Walau bagaimanapun saya sempat menghabiskan beberapa ujian kepada pelajar berkenaan.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment