Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 5

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 5 ( Tarikh: 26  – 30 Julai 2010 )
Bermula pada mingu ini SK St Mark Perai akan mengadakan ujian bulanan selama 3 hari bermula selasa 27 julai dan berakhir khamis 29 Julai 2010.

            Bermula 30 Julai 2010 kelas Pemulihan Khas tahun 2 akan memulakan kelas intensif bahasa melayu dan matematik. Kelas ini saya rancang bagi memastikan saya lebih banyak mengisi masa dengan murid-murid pemulihan memandangkan tempoh masa saya berada disekolah ini sangat singkat. Dalam kelas ini mereka akan diajar secara intensif dan latihan pengukuhan akan lebih banyak diberikan. Bagi hari jumaat 30 Julai 2010 mereka telah menghadiri kelas pemulihan selama 3 1/2 jam bermula 8.00 pagi berakhir 11.30 pagi.

            Dalam kelas yang saya jalankan, kebanyakkan reaksi mereka sangat gembira kerana dapat berada lama di dalam kelas pemulihan. Kelas hari ini dijalankan di bilik BOSS. Latihan demi latihan diberikan bagi menguji dan mengukur tahan kefahaman dan ingatan pelajar. Hari ini saya membuat satu program ‘mengeja bersama guru’ dimana pelajar diberi senarai 25 perkataan V + KVK. Pelajar diminta berjumpa dengan beberapa orang guru untuk dinilai tahap penguasaan dan ingatan mereka pada perkataan yang mereka telah pelajari. Aktiviti ini nampaknya menimbulkan keseronokan kepada pelajar. Mungkin kerana mereka boleh keluar dari suasana bilik darjah dan berjumpa dengan mana-mana guru yang mereka sukai.

            Kelas dan program saya pada hari ini mencapai matlamat yang saya harapkan. Gambar program hari ini ada saya lampirkan didalam fail praktikum.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment