Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 6

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 6 ( Tarikh: 2  – 6 Ogos 2010 )

Minggu ini P&P saya lebih banyak mengatur rancangan pengajaran agar ianya lebih tersusun dan kemas. Minggu ini pensyarah major ( Pemulihan ) Pn Ching Sock Lee datang bagi menyelia saya dan rakan untuk kali ke 2. Oleh itu saya telah membuat beberapa perbincangan dengan guru pembimbing bagi mendapat panduan yang boleh saya gunakan semasa proses penyeliaan nanti.

            Bagi kelas pemulihan saya masih lagi menekankan kemahiran V+KVK memandangkan masih terdapat kelemahan kepada murid-murid. Saya cuba memberi perhatian kepada beberapa murid yang lambat menerima pembelajaran dan membiasakan mereka dengan latihan yang sama.

            Saya turut mengajar Bahasa melayu kelas aliran perdana. Walaupun bahasa melayu tidak termasuk dalam penyeliaan pensyarah, namun saya meneruskan tugas yang telah diamanahkan. Saya juga berfikir inilah masanya untuk saya belajar walaupun ianya tidak ada penyeliaan. Saya cuba memahami kerenah murid-murid tahun 5 yang agak nakal dan cuba memahami masalah beberapa murid yang saya dapati tidak pandai membaca walaupun sudah berada di tahun 5

            Pn Ching Sock Lee datang pada 6 ogos 2010 untuk proses penyeliaan saya dan rakan. Saya mengajar matematik pemulihan dan proses penyeliaan berjalan lancar. Semasa sesi refleksi bersama pensyarah, beliau meminta saya memastikan kaedah yang digunakan sama dengan guru matematik asal agar tidak mengelirukan murid. Walau bagaimanapun saya dapati kaedah saya lebih mudah dipraktikkan oleh murid pemulihan. Oleh itu saya tidak bercadang untuk mengubah apa-apa yang telah saya terapkan kepada pelajar-pelajar saya

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang
.

No comments:

Post a Comment