Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 7

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 7 ( Tarikh: 9  – 13 Ogos 2010 )

Minggu ini saya masih menjalankan menekankan kemahiran 10 ( V + KVK )  kepada murid pemulihan. Saya juga membuat beberapa siri ujian bagi mengukur tahap pemahaman dan penguasaan mereka. Walaupun terdapat banyak peningkatan masih ada murid yang gagal menguasai dengan baik apa yang telah saya ajar.

            Kelas-kelas intensif yang saya adakan banyak saya gunakan untuk memberi latihan dan membuat ujian-ujian kefahaman. Saya sedikit berpuas hati dengan peningkatan dan komitmen yang diberikan murid-murid pemulihan. Pada masa sama saya tidak dapat melakukan keseimbangan dalam proses P&P memandangkan beberapa pelajar yang sering tidak hadir ke kelas. Ini sedikit menjejaskan tumpuan saya apabila terpaksa mengulangi tajuk yang tertinggal kepada murid yang sering tidak hadir.

            Pada 12 Ogos 2010, pensyarah pembimbing minor ( matematik ) En Razhi Bin Hassan datang membuat selian saya dan rakan. Oleh itu saya telah membuat persediaan yang sewajarnya dengan perbincangan demi perbincangan dengan guru pembimbing matematik.

            Pada hari seliaan saya mengajar tajuk ‘berat’ dan pelbagai alat timbang telah saya bawa untuk aktiviti tersebut. Semasa proses refleksi En Razhi telah menegur buku rekod mengajar saya yang tidak mengikut format yang sepatutnya. Saya menerima teguran tersebut dan akan cuba memperbaikinya mengikut apa yang dikehendaki. Beliau juga membuat beberapa teguran mengenai P&P saya yang dilihat kurang perancangan dan perlu diperbaiki.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment