Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 8

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 8 ( Tarikh: 16    20 Ogos 2010 )

Pada minggu ini saya banyak membuat analisa dan memberi beberapa ujian termasuk ujian diagnostik pengamatan kepada pelajar pemulihan. Saya cuba membina graf bagi memudahkan saya melihat tahap penguasaan dan kelemahan murid dalam sesuatu ujian.

            Pada penilaian yang dibuat, kesemua mereka yang menjalani ujian pengamatan lulus cemerlang kecuali Hafiz yang gagal pada kesemua ujian. Kegagalan Hafiz dalam semua ujian diagnostik pengamatan sudah diduga. Saya membuat ujian kepadanya sekadar ingin membuat pengesahan mengenai tahap perkembangan mentalnya.

Pada 19 ogos 2010 guru pembimbing telah membuat penyeliaan kali ke 3. Saya cuba mempelbagaikan teknik latihan dan pengukuhan. Saya cuba menghidupkan suasana P&P yang diharapkan namun saya masih kekurangan dari aspek set induksi. Guru pembimbing menyarankan agar mempelbagaikan set induksi. Walau bagaimanapun proses P&P tetap mendapat perhatian dan pujian. Pada minggu ini kelas intensif saya lebih tertumpu kepada latihan pengukuhan. Saya dapati tahap pemahaman murid sudah ada peningkatan walaupun beberapa murid masih lagi dalam keadaan yang ‘tidak stabil’.

Latihan yang diberi menunjukkan mereka tidak serius menyelesaikan masalah. Mereka lebih banyak berkhayal. Tidak mengira menggunakan kaedah yang diajar tapi menggunakan kaedah conggak dan meneka yang akhirnya memberi jawapan salah. Apabila ditegur mereka kembali menggunakan kaedah yang diajar. Oleh itu saya cuba berfikir untuk menyelesaikan masalah pemikiran murid-murid ini agar ianya tidak menjadi kebiasaan bagi mereka.


Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment