Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 9

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 9 ( Tarikh: 23    27 Ogos 2010 )

Saya mengubah cara pengajaran saya mengikut kesesuaian semasa. Minggu ini saya mengajar kemahiran baru iaitu kamahiran 11 (sukukata V+KVKK). Saya membahagikan pelajar kepada tahap penguasaan dan masih lagi mengulangi tajuk-tajuk lepas bagi mengelakkan pelajar dari lupa. Bagi Hafiz saya teruskan dengan program yang sesuai dengannya seperi menyalin, mewarna dan bermain permainan kanak-kanak.

            Saya juga telah membuat beberapa ujian untuk melihat tahap pemahaman pelajar. Hasilnya sangat membanggakan dan saya terus memeri latihan dan bimbingan secara peribadi kepada yang masih belum menguasai apa yang saya ajar. Kelas-kelas intensfi masih berjalan seperti yang dijadualkan. Saya mendapat kerjasama yang  baik dari guru-guru yang terlibat. Mereka sanggup memberi laluan kepada saya untuk mengambil alih pelajar-pelajar pemulihan untuk menjalani program intensif pemulihan yangsaya rancang.

Pada 26 Ogos 2010 En Razhi Bin Hassan datang untuk penyeliaan kali ke 2 dan terakhir bagi matapelajaran minor ( Matematik). Untuk seliaan kali ini saya telah mendapat pujian dari pensyarah pembimbing kerana berjaya menghidupkan suasana P&P dan juga telah memperbaiki kelemahan dalam buku RPH seperti yang diminta.

Semasa proses refleksi bersama pensyarah, sekali lagi kami ditekankan mengenai matlamat akhir P&P ( Learning Outcome ) yang ingin dicapai dan juga kami diminta mempersiapkan diri dengan ilmu perguruan agar dapat menjadi guru yang baik apabila ditugaskan kelak.

Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment