Wednesday, September 22, 2010

PENYATAAN PROFESIONAL 4

PENYATAAN PROFESIONAL
MINGGU 4 ( Tarikh: 19  – 23 Julai 2010 )


Pada hari Khamis 22 Julai 2010, Pn Ching Sock Lee selaku pensyarah pembimbing matapelajaran major ( Pemulihan ) telah datang untuk menilai dan melihat perkembangan kami di sekolah ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) kelas pemulihan berjalan seperti biasa dan saya memulakan proses P & P pemulihan dengan matapelajaran pemulihan bahasa. Pelajar nampak bersemangat untuk belajar dan menunjukkan disiplin yang diharapkan. Kemahiran yang terlibat hari ini ialah kmahiran 10 ( sukukata V+KVK ) dan pada kelas hari ini saya memberi tumpuan kepada aspek sebutan dan ejaan.

Selesai proses penilaian oleh pensyarah pembimbing kami berbincang di bilik sumber untuk proses refleksi bersama pensyarah. Pensyarah membuat ulasan mengenai apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dibaiki bagi meningkatkan mutu P&P. Bagi Hafiz saya disarankan oleh pensyarah pembimbing agar kembalikan Hafiz kepada sukatan pelajaran Pra Sekolah. Beliau berpendapat Hafiz mengalami masalah ‘dilecsia’ dan juga masalah lambat matang. Walau bagaimanapun Hafiz perlu dibimbing melalui kaedah yang betul agar dirinya tidak terabai.

Saya menerima teguran dan cadangan yang diberikan sebagai satu nasihat membina dan ianya akan dijadikan panduan untuk membaiki cara dan kaedah P&P saya dimasa akan datang. Jutaan terima kasih pada pensyarah pembimbing yang prihatin dan memahami masalah yang saya hadapi di sini.


Mohd Fakharuddin Bin Abdullah
Guru Pelatih, Pemulihan Khas 2010, SK St Mark Perai. Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment